4 September 2012

Gunung Stong Part 3

Okeh..sambung semula kisah Stong dan Air Terjun Jelawang ini..

Seawal jam 6 pagi keesokkan harinya kami semua dah bangun..ada yg memasak utk breakfast dan bekalan yg akan dibawa ke puncak nnt serta ada yg membersihkan diri,menunaikan hajat dan sebagainya..Memandangkan campsite kami terletak berhampiran dengan tebing batu iaitu puncak Air Terjun Jelawang,jadi kami tidak terlalu tergesa-gesa utk berkumpul disana utk melihat matahari terbit.Sebenarnya saya agak gayat dan takut untuk berdiri ditebing.mn lah tahukan malang xberbau..tp tengok semua selamba je melepak..siap ada yg trn ke bawah sikit utk mengambil gmbr..

SUBHANALLAH!!Cantik sangatkan ciptaan Allah..Masing-masing dah xmampu nak cakap apa2..Dalam masa yg sama rs mcm puteri kayangan pulak ada atas awan..hehhe..Kalau hari cerah..anda boleh nampak kampung disebalik litupan awan-awan tu semua..Cantik kan?Kalau nak tengok..anda patut merasainya sendiri..
Dah habis melayan perasaan masing-masing kami mula bersiap sedia utk meneruskan perjalanan menuju puncak Gunung Stong.Sekali lagi kami akan menggunakan laluan air terjun serta lerengnya dan adakalanya laluan hutan serta denai yg sempit dan memerlukan kami menunduk.Banyak peringkat air terjun sebenarnya yg perlu kami lalui..Antaranya Air terjun Kolam Puteri ,Kolam Permaisuri dan ada juga puncak dimana pertemuan diantara 2 buah air terjun iaitu Air Terjun Gunung Stong dan Air Terjun Gunung Ayam..Jom tgk gambar pulak laa..

Kami meneruskan perjalanan ke checkpoint Gua Bogor.Setelah berehat seketika,kaki terus melangkah menuju ke checkpoint yg terakhir iaitu Batu Sekumbar sebelum menuju puncak.

Pendakian seterusnya dalam cuaca yg dingin.Adakalanya titis-titis hujan menemani kami sepanjang perjalanan.Laluannya yg sedikit mencanak ,berlumut dengan lopak2 air serta bekas tapak kaki si gajah.Terdapat banyak pokok2 renek dan buluh.Semakin menghampiri puncak,kami menjumpai 'sisa kumbahan' sang gajah.Agaknya malam td,sekawanan gajah keluar mencari makanan..:)

Jam 1230tghari kami tiba di puncak Gunung Stong.Namun begitu ada juga diantara kami yg tiba lebih awal lagi.Cuaca dipuncak sangat sejuk dengan angin yg bertiup kencang dan kabus mula menebal menandakan hujan akan turun.Sebelum ke sini,saya ada membuka blog rakan2 yg pernah mendaki Gunung Stong ini,dan mereka menyatakan adanya sepasang tupai yg jinak di puncak.Iya!memang ada..tp memandangkan ramai yg berada dipuncak yg sekangkang kera itu,maka pergerakan kami agak terbatas utk bergerak kesebelah sana.Hampa rasa bila saya tidak berpeluang utk melihat dengan lebih dekat :(

Bila dah penat..masak meggi pon sedap kan..

Eh..Gambar berdua juga perlu ada..;p

Nah..gambar kelas pula ;p

Memandangkan hujan mula turun..kami pon melangkah pulang ke Kem Baha pada pukul 130ptg..kali ini kami tidak menggunakan laluan air terjun lg..semuanya laluan denai dan hutan..Lihat gambar dibawah?Saya dah siap sedia dengan poncho dah..hehe..Perjalanan turun mmg pantas..sebab semua pon pantas termasuk saya..adakalanya berlari..melompat dan sebagainya..

Alhamdulillah..lebih kurang pukul 4 ptg kami selamat tiba di Kem Baha semula..teruja melihat air..kami beramai2 terjun utk mandi manda..kecuali Abg Azmir,Encik Fazli dan Norcha..Dan tanpa kami sedari paras air meningkat secara mendadak..Awan gelap dipuncak..daun2 laju dibawa arus..

Gembirakan kami?Sehinggalah keadaan kelam kabut..Kami semua terkejut bila tiba-tiba guide menjerit suruh kami naik dengan segera dan mula mencapai tangan kami..Kami yg terpinga-pinga pantas naik...Walaupon masih terkejut..Namun..Buat pertama kalinya saya dapat menyaksikan FENOMENA KEPALA AIR..Syukur Ya-Allah..kami masih di bawah lindungan-MU..

Jom kita tgk kronologi fenomena kepala air bergambar..

1. Air yang tenang..sebelum fenomena kepala air..

2. Fenomena kepala air gred C

3.Fenomena kepala air gred A [tempat yg sama saya ambil gmbr seperti diatas]

4. Dan lagi...habis tempat kami beramai2 tengok sunrise pagi td...

5. Dan lagi..habis tempat kami basuh pinggan..Nasib baik beberapa saat sebelom ini Abg Azmir sempat memarahi dan menarik saya..agaknya kalo tidak..saya dah dibawa arus xsmp beberapa saat turun mencuci pinggan..:(


Kami juga harus mengalihkan barang-barang memandangkan khemah kami berhampiran dengan puncak air terjun..Khuatir andai tiba-tiba air naik secara mendadak..Memandangkan kami mmg tgh berkemas utk pulang ketika itu,jadi hanya barang2 besar sahaja yg perlu dialihkan..Masing-masing diam membisu..terkejut barangkali..Namun..kami lebih memikirkan bagaimana harus kami rentasi kepala air ini utk ke seberang sana dan turun ke bawah dengan segera kerana Tiket keretapi kami adalah pada pukul 9.50 mlm..Kami difahamkan fenomena ini akan kembali reda setelah 4jam bergantung pada keadaan..Masing-masing agak buntu..Namun begitu..tiba-tiba Onkel Adam muncul..Dia menyuruh kami berkemas segera sambil dia melihat keadaan air..kami mendaki sedikit keatas utk menyeberangi sungai..

Pada mulanya kami(wanita) dah mula gelisah dan rs nak menangis bila lihat air yg deras mengalir..masing2 sanggup duduk situ dari seberang sungai..Namun memandangkan kami mendapat jaminan dari Onkel Adam dan teammate yg lain..kami beranikan diri juga utk menyeberangai..nampak x gmbr diatas?begitulah kerjasama terjalin..setiap batu akan ada setiap teammate lelaki..(Masa ni dah xpk malu dah..yang penting selamat)

Alhamdulillah..kami semua selamat merentangi kepala air ni..Terima kasih kepada semua yang berganding bahu..!Dah hilang gigil...kami pantas memulakan perjalanan turun menggunakan laluan hutan...memandangkan baru lepas hujan..jalan mmg semua tiptop lah..Tak tahu lah berapa kali jatuh berguling..huuu...:D

Alhamdulillah..Selamat tiba di Pintu masuk Taman Negeri lebih kurang pukul 7.20ptg..Tanpa membuang masa kami pulang semula ke kedai makan yg terletak bertentangan dengan stesen keretapi Dabong...Terima kasih lagi sekali kami ucapkan pada Onkel Adam dan kak Lyn kerana sudi meminjamkan bilik utk kami membersihkan diri dan bersolat..dah segar bugar...semua cari makanan sebelom bertolak pulang...

Sempat juga bergambar bersama Kak Lyn dan anak2 dihadapan kedai outdoor mereka..

Bergambar beramai2 bersama Onkel Adam dan Kak Lyn..Terima kasih banyak2 atas jasa baik dan layanan anda kepada kami..Sedih masa ni..Walaupon baru saja kenal..tapi dah cakap macam2...

Sampailah keretapi sampai dan mula berjalan..tangan kami masih saling melambai..

Kata-kata Onkel Adam yang akan saya igt smp bebila..
'Saya taknak tahu G7 mana kamu dah daki..brapa banyak gunung kamu dah tawan..saya cuma nak tahu apa intipati yg kamu dapat dari setiap pendakian kamu itu!'

No comments:

Post a Comment