4 September 2012

Tanjung Tuan Lautnya Biru

Post-post sebelum ini telah di'copy-paste' dari blog lama saya..
Saya khususkan blog ini utk aktiviti outdoor , makanan , percutian & yg berkaitan dengannya..;)
Nantikan post seterusnya okeh!~

Puncak Mutiara Cafe , Kg Pelet


[model puncak mutiara cafe ;p ]

Hye Semua..hehe..kalini nak story pasai Jalan-Jalan Cari Makan lg...Memandangkan 25-26 br ni balik Penang..so seperti biasa..dapat kontek ngan Cik Firah & Cik Bern..Nasib baik depa free..dah lama xjumpa...sebelom tu Sabtu malam sempat kuaq ngan Cik Firah pi makan Sani Char Koew Teow depan Sunshine tu..1st time pi..punya la dekat dengan umah..haaa..not bad lah..sedap..Ohh...Jom berbalik pada citer JJCM kami ari ahad..Firah cadangkan kami p makan dekat Kg Pelet ni ataupon Nasi Arab dekat Perda..so kami decide la nak pi Kg Pelet ni sbb xpernah pi dan asyik dengaq org crita ja kan..hehe..Jadi,bermulalah acara pencarian jalan..haha..Cik Firah ni igt2 lupa jalannya..jadi kami pon redah sajalaa berpandukan pada apa yg dia igt..Akhirnya dekat sejam mcmtu bertolak dr Penang..kami pon smp la ke destinasi yg dituju..;p

Restoran Puncak Mutiara Cafe ,Kg Pelet,Penanti (Nama penuh restoran) ni bukannya tepi jalan..kena masuk ke dalam kampung baru jumpa..dalam ladang ternak..tempat mmg xclusive la..suasana tenang,nyaman ja..hehe..Tempat makan kat sini ala-ala pondok gitu..ada yg boleh bersila..ada yg duduk..Makanan dia pon sedap ! dan duit yg mengalir keluar pon semestinya sedap la kan..hahaha..Tapi xpala la..Bukan selalu pon kan..Sesekali nak mencuba..nnt boleh bawak family pulak mai makan sini...


Dah sampai..dah pilih pondok2 mana yg kami nak..kami mula memilih makan..Banyak ok menu nya..smp x tau nak pilih yg mana..Dari nasi beriani..goreng2..sampailah makanan western semuanya ada..nak kambing..ayam..ostrich..semua ada la..heheh..memandangkan masing2 lapaq time tu..kami pilih menu nasi beriani..hehe..tapi lain2 jenis..plus chicken wings pulak..dengan cendawan goreng..

[sementara tunggu makanan sampai..kami posing2 smbil bercerita ]

Tak sampai setengah jam..makanan kami semua sampai..jom kita tgk ..Dalam gambar ni nmpk makanan mcm sikit kan? Tapi jgn tertipu dengan gmbr..haha..makanan banyaq okeh..mengah nak habiskann...



[Nasi Beriani Daging +Dalca+Ayaq Asam]



[Nasi Beriani Ayam +Dalca+Ayaq Asam]



[Nasi Beriani Kambing Grill+Dalca+Ayaq Asam]



[Chicken Wings 6 ketoi besaq2]



[Cendawan Mutiara ;p]

Haa...paling saya suka ayaq ni..
Kelapa Muda Puncak Mutiara with SUSU KAMBING!
kelasss kan nama..hehe...sedap..xmuak dan xberbau pon sangat..



Makanan dah sampai..Jom makan!



Dah habis makan..semua xsedaq diri nak balik kan..sempat lg order teh o halia dengan kopi panas..hahaha...Settle semua sambil cramp perot gelak ketawa..kami pon mulalah mengangkat 'bontot' msg2 utk ke kaunter pembayaran..hehe..just bg je card di bawah ni..

[Touch & Pay Card..]

Ohh..utk pengetahuan korang jugakkan..ada kandang kambing ,arnab dan ostrich yg dibuka utk lawatan..hehe..Tp sebelom pukoi 6 ptg la..kalo lebih pukoi 6 dia dah tutup..so..pas dah makan & bayaq..kami pon p la melawat kandang..;p


Untuk keterangan lanjut tentang Puncak Mutiara Cafe ni..ni website dia..
http://www.puncakmutiara.com/

City Of Digital Lights

i-City , Shah Alam @ "City of Digital Lights"










Nah gambar empunya blog posing2..hehe..


Gunung Stong Part 3

Okeh..sambung semula kisah Stong dan Air Terjun Jelawang ini..

Seawal jam 6 pagi keesokkan harinya kami semua dah bangun..ada yg memasak utk breakfast dan bekalan yg akan dibawa ke puncak nnt serta ada yg membersihkan diri,menunaikan hajat dan sebagainya..Memandangkan campsite kami terletak berhampiran dengan tebing batu iaitu puncak Air Terjun Jelawang,jadi kami tidak terlalu tergesa-gesa utk berkumpul disana utk melihat matahari terbit.Sebenarnya saya agak gayat dan takut untuk berdiri ditebing.mn lah tahukan malang xberbau..tp tengok semua selamba je melepak..siap ada yg trn ke bawah sikit utk mengambil gmbr..

SUBHANALLAH!!Cantik sangatkan ciptaan Allah..Masing-masing dah xmampu nak cakap apa2..Dalam masa yg sama rs mcm puteri kayangan pulak ada atas awan..hehhe..Kalau hari cerah..anda boleh nampak kampung disebalik litupan awan-awan tu semua..Cantik kan?Kalau nak tengok..anda patut merasainya sendiri..
Dah habis melayan perasaan masing-masing kami mula bersiap sedia utk meneruskan perjalanan menuju puncak Gunung Stong.Sekali lagi kami akan menggunakan laluan air terjun serta lerengnya dan adakalanya laluan hutan serta denai yg sempit dan memerlukan kami menunduk.Banyak peringkat air terjun sebenarnya yg perlu kami lalui..Antaranya Air terjun Kolam Puteri ,Kolam Permaisuri dan ada juga puncak dimana pertemuan diantara 2 buah air terjun iaitu Air Terjun Gunung Stong dan Air Terjun Gunung Ayam..Jom tgk gambar pulak laa..

Kami meneruskan perjalanan ke checkpoint Gua Bogor.Setelah berehat seketika,kaki terus melangkah menuju ke checkpoint yg terakhir iaitu Batu Sekumbar sebelum menuju puncak.

Pendakian seterusnya dalam cuaca yg dingin.Adakalanya titis-titis hujan menemani kami sepanjang perjalanan.Laluannya yg sedikit mencanak ,berlumut dengan lopak2 air serta bekas tapak kaki si gajah.Terdapat banyak pokok2 renek dan buluh.Semakin menghampiri puncak,kami menjumpai 'sisa kumbahan' sang gajah.Agaknya malam td,sekawanan gajah keluar mencari makanan..:)

Jam 1230tghari kami tiba di puncak Gunung Stong.Namun begitu ada juga diantara kami yg tiba lebih awal lagi.Cuaca dipuncak sangat sejuk dengan angin yg bertiup kencang dan kabus mula menebal menandakan hujan akan turun.Sebelum ke sini,saya ada membuka blog rakan2 yg pernah mendaki Gunung Stong ini,dan mereka menyatakan adanya sepasang tupai yg jinak di puncak.Iya!memang ada..tp memandangkan ramai yg berada dipuncak yg sekangkang kera itu,maka pergerakan kami agak terbatas utk bergerak kesebelah sana.Hampa rasa bila saya tidak berpeluang utk melihat dengan lebih dekat :(

Bila dah penat..masak meggi pon sedap kan..

Eh..Gambar berdua juga perlu ada..;p

Nah..gambar kelas pula ;p

Memandangkan hujan mula turun..kami pon melangkah pulang ke Kem Baha pada pukul 130ptg..kali ini kami tidak menggunakan laluan air terjun lg..semuanya laluan denai dan hutan..Lihat gambar dibawah?Saya dah siap sedia dengan poncho dah..hehe..Perjalanan turun mmg pantas..sebab semua pon pantas termasuk saya..adakalanya berlari..melompat dan sebagainya..

Alhamdulillah..lebih kurang pukul 4 ptg kami selamat tiba di Kem Baha semula..teruja melihat air..kami beramai2 terjun utk mandi manda..kecuali Abg Azmir,Encik Fazli dan Norcha..Dan tanpa kami sedari paras air meningkat secara mendadak..Awan gelap dipuncak..daun2 laju dibawa arus..

Gembirakan kami?Sehinggalah keadaan kelam kabut..Kami semua terkejut bila tiba-tiba guide menjerit suruh kami naik dengan segera dan mula mencapai tangan kami..Kami yg terpinga-pinga pantas naik...Walaupon masih terkejut..Namun..Buat pertama kalinya saya dapat menyaksikan FENOMENA KEPALA AIR..Syukur Ya-Allah..kami masih di bawah lindungan-MU..

Jom kita tgk kronologi fenomena kepala air bergambar..

1. Air yang tenang..sebelum fenomena kepala air..

2. Fenomena kepala air gred C

3.Fenomena kepala air gred A [tempat yg sama saya ambil gmbr seperti diatas]

4. Dan lagi...habis tempat kami beramai2 tengok sunrise pagi td...

5. Dan lagi..habis tempat kami basuh pinggan..Nasib baik beberapa saat sebelom ini Abg Azmir sempat memarahi dan menarik saya..agaknya kalo tidak..saya dah dibawa arus xsmp beberapa saat turun mencuci pinggan..:(


Kami juga harus mengalihkan barang-barang memandangkan khemah kami berhampiran dengan puncak air terjun..Khuatir andai tiba-tiba air naik secara mendadak..Memandangkan kami mmg tgh berkemas utk pulang ketika itu,jadi hanya barang2 besar sahaja yg perlu dialihkan..Masing-masing diam membisu..terkejut barangkali..Namun..kami lebih memikirkan bagaimana harus kami rentasi kepala air ini utk ke seberang sana dan turun ke bawah dengan segera kerana Tiket keretapi kami adalah pada pukul 9.50 mlm..Kami difahamkan fenomena ini akan kembali reda setelah 4jam bergantung pada keadaan..Masing-masing agak buntu..Namun begitu..tiba-tiba Onkel Adam muncul..Dia menyuruh kami berkemas segera sambil dia melihat keadaan air..kami mendaki sedikit keatas utk menyeberangi sungai..

Pada mulanya kami(wanita) dah mula gelisah dan rs nak menangis bila lihat air yg deras mengalir..masing2 sanggup duduk situ dari seberang sungai..Namun memandangkan kami mendapat jaminan dari Onkel Adam dan teammate yg lain..kami beranikan diri juga utk menyeberangai..nampak x gmbr diatas?begitulah kerjasama terjalin..setiap batu akan ada setiap teammate lelaki..(Masa ni dah xpk malu dah..yang penting selamat)

Alhamdulillah..kami semua selamat merentangi kepala air ni..Terima kasih kepada semua yang berganding bahu..!Dah hilang gigil...kami pantas memulakan perjalanan turun menggunakan laluan hutan...memandangkan baru lepas hujan..jalan mmg semua tiptop lah..Tak tahu lah berapa kali jatuh berguling..huuu...:D

Alhamdulillah..Selamat tiba di Pintu masuk Taman Negeri lebih kurang pukul 7.20ptg..Tanpa membuang masa kami pulang semula ke kedai makan yg terletak bertentangan dengan stesen keretapi Dabong...Terima kasih lagi sekali kami ucapkan pada Onkel Adam dan kak Lyn kerana sudi meminjamkan bilik utk kami membersihkan diri dan bersolat..dah segar bugar...semua cari makanan sebelom bertolak pulang...

Sempat juga bergambar bersama Kak Lyn dan anak2 dihadapan kedai outdoor mereka..

Bergambar beramai2 bersama Onkel Adam dan Kak Lyn..Terima kasih banyak2 atas jasa baik dan layanan anda kepada kami..Sedih masa ni..Walaupon baru saja kenal..tapi dah cakap macam2...

Sampailah keretapi sampai dan mula berjalan..tangan kami masih saling melambai..

Kata-kata Onkel Adam yang akan saya igt smp bebila..
'Saya taknak tahu G7 mana kamu dah daki..brapa banyak gunung kamu dah tawan..saya cuma nak tahu apa intipati yg kamu dapat dari setiap pendakian kamu itu!'