4 September 2012

Gunung Bunga Buah



Nampak mcm dekat dan senang je..haha..NEVER UNDERESTIMATE..dengan kekuatan anggota 13 orang..kami berjaya menyempurnakan pendakian pergi dan balik selama 9jam 25 mnt termasuk berhenti rehat dan amik gmbr..:D

Gunung Bunga Buah yang berketinggian 1430 meter (4690 dari paras laut) ini terletak di Genting Highlands,Pahang dan boleh boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki juga boleh bermalam di puncak gunung ini.Terdapat 2 pintu masuk untuk ke gunung ini.Satu daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas pondok polis di Jalan ke Genting Highlands.Kedua-dua permulaan ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapatkan keizinan bagi melalui tanah persendirian ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kami kesana pada 3 July 2010 yang lalu.Hampir setahun berlalu barulah entry ini ber'update':)Rasanya Gunung Bunga Buah ini adalah permulaan saya untuk membuat 'comeback' dalam aktiviti outdoor.Setelah lama berehat dan menyepikan diri,pelawaan untuk mendaki gunung ini saya terima dengan hati yg separuh terbuka.Bukan kerana tidak gembira untuk 'join' aktiviti The Underestimate,tetapi saya risau akan stamina saya.Macam-macam berlegar dalam fikiran ketika itu..


10 orang dari Melaka dan 3 orang dari KL telah join aktiviti mendaki secara 'daypack' kali ini.
Meraka adalah;En.Fazli,Abe Bob,Zainol,Nazir,Meor,Kay,Abg Azmir,Norcha,Ayna,Marhana,Padil,Ongah serta saya sendiri.Dari Melaka kami bertolak hampir pukul 9malam menggunakan 3 kereta dan berhenti seketika di Serdang untuk menyaksikan 'World Cup' antara Brazil dan Holland.Brazil kalah 2-1 kepada Holland dan Nazir bergembira diatas kemenangan itu.Hehe..Setelah selesainya menjamu selera,kami terus bertolak ke R&R Genting Sempah untuk beristirehat sementara menunggunya waktu pagi untuk kami memulakan pendakian.


 Di R&R Genting Sempah


Selepas menunaikan solat subuh & bersarapan pagi,kami meneruskan perjalanan kami ke Goh Tong Jaya,Genting Highlands untuk menunggu 3 orang lagi rakan kami dari Kuala Lumpur di kedai mamak yang berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia.Sementara menunggu mereka,ada diantara kami membuat aktiviti senaman ringan sebelum mendaki.Pintu utama untuk kami mendaki ini terletak bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia ini.Kami meletakkan kenderaan ditempat yang disediakan bersebelahan kebun sayur yang perlu kami lalui.


Pendakian kami bermula seawal 9.30 pagi.Tiada seorang pon diantara kami yang pernah kesini.Jadi kami hanya berpandukan pada peta diatas,kompas serta penanda arah yang disediakan sepanjang perjalanan ini.Namun,kami bernasib baik kerana ketika itu ada pendaki-pendaki lain yg mula mendaki.Jadi kami boleh berpandukan pada arah mereka..hehe..Kalau nak diceritakan seluruh inipati perjalanan kami,rasanya penat nak menaip.Jadi jom kita tengok kronologi perjalanan kami melalui gambar dan sedikit penerangan ok..


Kami perlu mendaki antara 20-30 minit untuk sampai ke jalan tar.Keadaan yang licin agak melambatkan pendakian saya.



Selepas mendaki,anda akan berjumpa dengan jalan tar ini.Dari jalan ini,jika anda mengambil arah kanan anda akan ke strawberry farm.Untuk ke Gunung Bunga Buah anda perlu mengambil kiri.


Mengambil gambar acara wajib kami:p


Sepanjang perjalanan


Di penghujung jalan tar,anda akan bertemu simpang.Ambil kiri untuk melalui jalan kuari.



Pemandangan kuari disebelah kanan anda :)
Cantikkan..


Kami meneruskan perjalanan.Treknya agak bersemak dengan lalang yang lebih tinggi dari diri sendiri.Amat digalakkan untuk memakai baju tangan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan tubuh anda bercalar balar :p


Kabus tebal waktu pagi di Genting Highlands.



Berhenti sebentar sebelum memasuki zon "Pintu Rimba' di sebelah kanan kami..hehe..segala perit jerih bermula apabila masuk ke sini
:)



opss..penjaga pintu rimba meminta 'tol' :p




Selepas melepasi pintu rimba..perjalanan kami lebih byk mendaki,memanjat dan menurun..huhu..zon penyeksaan bg orang mcm saya yg hendak 'memanaskan enjin' semula..haha..


Berhenti rehat seketika..urat,otot mulai kejang manakala lutut juga mula menggigil-gigil..ohh..sungguh sakit :(


Dalam pukul 1 ptg,kami pon tiba di suatu tempat berbatu yg menarik dipanggil nama
'ROCK GARDEN'.
Pemandangan disini sgt menakjubkan ditambah pula dengan cuaca yang sejuk.Panorama pusat peranginan Genting Highlands juga jelas kelihatan dari sini.Kami cuba menghabiskan seberapa banyak masa disini memandangkan puncak gunung ini tidak mempunyai pemandangan menarik seperti di rock garden.


Genting Highlands Resort dari Rock Garden











Perjalanan menuju ke puncak dari Rock Gardern mengambil masa kira-kira 45 minit.Ada beirut yg boleh memuatkan antara 20-30 orang dalam satu masa .huhuh..





View dari puncak Gunung Bunga Buah!




Mengambil gambar kumpulan sebelum bertolak pulang dari puncak pada pukul 3 petang!


Akhirnya..tidak mampu tersenyum lagi..kami selamat tiba di Pintu Rimba..Syukur Ya Allah..masih mampu sampai walaupon mental saya sangat2 'down'..Belom pernah lagi saya berjalan sambil menangis didalam hutan.Ini yang PERTAMA! :)) Rasa susah yang amat!Terima kasih pada Abg Azmir,Abe Bob dan Zainul yg sentiasa menyuntik semangat walaupon mereka juga hampir tewas!HAHAHA..


Perjalanan kami hampir berakhir apabila tiba dipenghujung jalan tar ini untuk kembali ke bawah.Perjalanan turun ke bawah yg sangat 'terbaik'!Kebetulan baru lepas hujan tengaharinya,jadi keadaan tanah mmg licin dan berselut.Jadi kami semua dengan gembiranya merelakan diri bermain gelongsor :)

Alhamdulillah..kami semua selamat tiba di tempat parking kereta pukul 7 malam.Secara keseluruhannya kami mengambil masa 9 jam 25 minit untuk menyempurnakan pendakian kami.Walaupon begitu,The Underestimate TELAH TERUNDERESTIMATE gunung ini juga..hehe..Nampak saja senang..tapi masa perjalanan perlu kami perbaiki lagi..Kami semua masih positif dan gembira walaupon sakit dan penat!:)


Pencuci mata yg sempat dirakam...





Sekian,Terima Kasih

No comments:

Post a Comment