Jom kita review sikit ttg Taman Negara Pulau Pinang yg terletak disebelah pesisiran pantai Pulau Pinang ni.Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 2,562 hektar (jika salah minta dibetulkan) meliputi dipterikarpa,tanah tinggi,paya bakau,pantai dan juga pesisiran pantai berbatu.Banyak spesis flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan hampir pupus ada disini.Untuk sampai kesini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar.Tempat ini juga sesuai untuk pengunjung yang suka merentas hutan.Pengunjung juga berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yg meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur,paya bakau,kolam meromiktik dan hutan tropika.
Trip kali ini disertai oleh 5 orang gadis..iaitu:Norhasnina(dh jadi puan),Khairunnisak,Marzafirah,Kak Fadhlina dan saya sendiri..Setelah merancang melalui fb,sms,call..kami pon mendapat kata sepakat utk kesana pada hari sabtu,25 July 2010.Thanks to cik nisak sbb sudi amik kami semua dan terus menuju ke Teluk Bahang.Setelah tibanya disana,kami semua bersarapan serta membeli bekalan utk dibawa..kami pon membuat pendaftaran di pintu masuk Taman negara ini.Ada banyak jalan yg boleh dipilih sebenarnya.Dan kami telah memilih utk melalui Sungai Tukun dan menaiki Canopy walk dan meneruskan perjalanan kami merentas hutan ke Pantai Kerachut.Untuk setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan harga utk canopy walk juga adalah berasingan iaitu sebanyak RM5 juga.
Sebelum memulakan ekspedisi kami,kami telah diberi penerangan oleh abg yang bertugas di kaunter pendaftaran.Dia menasihati kami agar mengambil bot semasa pulang memandangkan kami akan keletihan setelah tiba di Pantai Kerachut.Setelah berbincang tentang kebaikan dan keburukannya akhirnya kami mencapai kata sepakat utk mengambil bot semasa pulang nnt.Bayaran yg dikenakan jika xsilap saya dlm rm 10-15 seorang.Bagi saya ia amat berbaloi memandangkan tenaga saya juga telah berkurangan semasa sampai di destinasi.hehe..So,mari kita mulakan cerita dengan permulaan perjalanan kami..
Perjalanan ke Pantai Kerachut sejauh 3.6 km mengambil masa kira-kira 2jam perjalanan.Kami melalui Pasir Pandak dan Sungai Tukun seterusnya ke canopy walk.Perjalanan dr pintu masuk ke pasir pandak hanya perlu melalui trek jalan kaki yg telah dibina serta tangga-tangga batu yg telah disediakan.Namun begitu kami tetap berpuashati dengan keadaan ataupon penyelenggaraan yg disediakan oleh pihak jabatan hutan.Sepanjang laluan terdapat tempat beristirehat bg pengunjung yg ingin menikmati pemandangan laut lepas mahupun melepaskan lelah.
Setelah kami melepasi Sungai Tukun,akhirnya kami tiba di Titian Canopy.Saya agak gayat orangnya..jd ini merupakan satu pengalaman yg menarik utk saya.berada pada tahap sesuatu ketinggian,membuatkan saya lebih teruja utk melihat dengan lebih dekat pokok-pokok yg tumbuh tinggi..hehe....:)
Setelah selesai melalui titian kanopi,kami meneruskan perjalanan kami meredah hutan untuk sampai ke Pantai Kerachut.Perjalanan yg adakalanya landai,adakalanya menaik dan menurun membuatkan kami jalan secara slow & steady..tidak perlu terlalu tergesa-gesa.Sambil berjalan kami cuba menghayati keindahan alam semulajadi ini.Saya rs bersyukur kerana masih berpeluang menikmati pemandangan seperti ini.Kita tidak tahu bukan andai 10 tahun akan datang suasananya masih sama atau tidak.Sekurang-kurangnya kita pernah merasainya..:) Yang paling saya gembira adalah dapat berkongsi pengalaman ini dengan kawan-kawan saya.Kenangan manis utk kami kenang sampai bila-bila..Aktiviti mcmni mungkin tidak akan dapat dilakukan bersama-sama jika masing-masing sudah berumahtangga melainkan suami masing-masing 'supportive' :p
Alhamdulillah..kami akhirnya tiba jua di destinasi kami yg terakhir iaitu Pantai Kerachut.Apa yg ingin saya ceritakan disini adalah tentang tasik unik yang berada disini.Iaitu Tasik Meromiktik.Terdapat papan tanda yg menerangkan tentang kejadian ataupun fenomena tasik ini.Jadi pengunjung tidak perlu gusar dimana perlu mendapatkan info tentang tasik ini.
Mari kita huraikan tentang tasik ini ye kawan-kawan.. tasik ini mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut masin di lapisan bawah.Fenomena dua lapisan air itu hanya berlaku sekitar April dan Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya.Ketika fenomena berkenaan berlaku, air di tasik seluas 2.7 kilometer persegi itu dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam. Tasik ini akan kering semula apabila perubahan musim monsun barat daya kepada monsun timur laut sekitar Oktober setiap tahun. Kesempatan itu digunakan pengunjung untuk mandi-manda kerana dipercayai air tasik ini mengandungi khasiat yang tersendiri.Tambahan pula, keunikan tasik ini hanya terdapat di pulau ini dan Australia
Tasik Meromiktik
Selain keunikannya tasiknya,taman negara ini juga turut dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’ menawarkan pemandangan alam semula jadi menarik pada waktu senja yang menjadi tumpuan penyu untuk mendarat. Antara spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi termasuk penyu agar (chelonia) dan penyu lipas (mydas).Tapi semasa kami pergi..tiada pon penyu yg mendarat..hehe..
Setelah hampir sejam lebih berehat,bot yg ditempah pon tiba..bermulalah perjalanan pulang kami menaiki bot..berbaloi-baloi kerana dapat melihat lebih banyak keajaiban...
Apabila lalu di USM Cemac..saya tiba-tiba rindu kenangan dengan arwah abah..selalu ikot dia datang hujung minggu bila dia buat kajian..:(
Okeh..akhirnya kami selamat tiba di jeti..apalagi..jeti tu kami yang punya sebelum kami bergerak pulang dan singgah utk mengisi perot dengan laksa,air kelapa,ais kacang dan sebagainya...:)
Moga kenangan ini tetap tersimpan kemas dilubuk hati masing-masing..Pada yg tidak berkesempatan utk join..InsyaALLAH..ada masa dan kelapangan..kita boleh pergi lagi..
No comments:
Post a Comment