(sumber google)
Anda boleh memilih samada ingin menginap di Lubuk Tapah yang boleh memuatkan maksimum 60 orang ataupon bercamping di Lubuk merekek yg boleh memuatkan 140 orang dalam satu masa..Jom kita review apa kemudahan yang ada..
Base Camp Lubuk Tapah merupakan destinasi terakhir yg boleh dimasuki kenderaan.Pengunjung disediakan dengan pondok yang terletak di tepi sungai untuk penginapan.Memancing adalah dilarang sama sekali disini.Walaubagaimanapun,memberi makan ikan atau berenang di sungai yg sejuk itu adalah dibenarkan.Terdapat wakaf ataupon gazebo yang disediakan disekitar kem dan di tempat-tempat pemandangan menarik sepanjang sungai selai ini.
Kemudahan yang disediakan...
- Pondok hutan tunggal - 16 unit
- Pondok berkembar -2 unit
- Dapur merangkap dewan makan
- Tempat mandi/ tandas untuk lelaki dan perempuan
- Surau
- Generator elektrik dan bekalan air
- Jambatan gantung
- Taman orkid
- Taman herba
- Gazebo (wakaf)
- Rakit
- Pulau Bertam
Selain itu,kami juga berkesempatan bermain water tubing disepanjang sungai selai yg terletak di Lubuk Tapah ini..Kalau kena time air sikit..merasalah sentuhan batu2 sungai di 'bontot' anda..haha..
Lagi gambar-gambar di Lubuk Tapah
Sekarang jom kita review pulak apa yang ada di Tapak perkhemahan Lubuk Merekek..
Tapak perkhemahan yang terdekat ini terletak kira-kira 500 meter dari kem base Lubuk Tapah.Jadi anda boleh berjalan kaki sahaja ke Lubuk Tapah dari Lubuk Merekek ini. Tapak perkhemahan ini mempunyai tanah berpasir yang sesuai untuk berkelah. Sesetengah bahagian di sungai ini sangat dalam.Jadi pengunjung dinasihatkan agar berhati-hati. Jika di Lubuk Tapah pengunjung tidak dibenarkan memancing,disini pengunjung boleh memancing sekiranya mendapatkan permit dari pejabat Taman Negara Bekok.
Kemudahan yg terdapat disitu..
- Kawasan tapak perkhemahan
- Dapur merangkap dewan makan – 2 unit
- Tandas – 2 unit
- Bekalan air
- Jambatan gantung ke pokok Mersawa
Selain itu juga ingin saya nasihatkan kepada pengunjung agar jgnlah membuat sungai itu seperti tandas rumah anda.Jangan sesuka hati bersabun,bershampoo disitu.Bukankah ada tandas yang disediakan?..Peliharalah Alam Sekitar.Saya suka bercamping disini kerana suasananya yg nyaman,bunyian rimba,deruan air..dan yang paling saya suka TIADANYA COVERAGE MAXIS,CELCOM,DIGI dll..Pendek kata,anda dan dunia luar terputus sebentar.2 kali kesini,berjumpa dengan guide orang asli yg sama,dan kami memenuhkan hari kami dengan pelbagai aktiviti antaranya MENYUMPIT & MENOMBAK IKAN DI WAKTU MALAM..
Gambar-gambar kami sewaktu disana
Menyumpit dan menombak ikan diwaktu malam merupakan pengalaman baru bg saya.Walaupon sudah beberapa tahun perkhemahan ini berlalu,saya masih dapat mengingati semuanya.Menombak diwaktu malam memerlukan kami mengenali serampang iaitu sejenis alat utk menombak.Kami perlu berjalan sejauh yg mungkin mengikut anak sungai.Masih saya ingat dlm keadaan gelap gelita hanya berpandukan kepala lampu suluh di kepala masing-masing kami meredah anak sungai yg sejuk.Hampir membasahkan keseluruhan badan kami.Ya..suasana gelap,bunyian makhluk2 didalam hutan serta memikirkan apa jua makhluk didalam sungai menambahkan ketakutan saya.Namun kami semua berjaya melaluinya dengan bantuan guide orang asli ini.Mereka sangat bagus!!..Kagum melihat bagaimana dengan pantasnya mereka menombak labi-labi..ikan2 yang lalu didalam kegelapan..
Tarikan utama taman negara ini adalah terdapat banyak bilangan air terjun. Air terjun yang terkenal adalah Takah Tinggi, Takah Pandan, Takah Berangin dan Takah Beringin.Saya berkesempatan pergi ke Takah Pandan sahaja.Perjalanan merentas hutan memakan masa hampir 2 jam.Adalanya jalannya agak curam dan mencanak.Namun memang berbaloi-baloi.Lihat sajalah gambar-gambar yg sempat kami ambil..
Bagi anda yg berjiwa lasak,Taman Negara Selai salah satu dari destinasi yg perlu anda pergi.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yg boleh dilakukan disini berdasarkan pakej yg disediakan.Anda boleh merentas hutan utk ke air terjun dan semestinya Air Terjun Takah Tinggi menjadi kemestian walaupon saya masih belum berkesempatan sampai ke sana.Dari apa yg saya dengar,pemandangan air terjunnya sangat cantik..
Takah Tinggi (sumber encik google)
Selain itu juga kami berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat POKOK MERSAWA BESAR.Pokok ini berusia ratusan tahun.Hampir 13 pemeluk orang dewasa besarnya..haha..besarkan..sangat kagum.Kali pertama dulu saya jumpa di Gunung Senyum.Kali ni di Taman Negara Selai pula..
InsyaALLAH ada kesempatan saya pasti datang lagi..:)
Salam....
ReplyDeleteNak tye sikit... 4x4 tu disediakn atau sendiri?
4x4 tersebut disediakan. Semalam saya tanya satu kereta 280. Return. Boleh muat 4 orang.
DeletePakej mana yg tn ambik? Ada websitenya x?
ReplyDeleteMmg tak blh memancing ke? Tp ada permit memancing
ReplyDelete