4 September 2012

Bukit Broga & Gunung Tokwan


Pasar Tani Pekan Semenyih

Gunung Tokwan berketinggian 675 meter dari paras laut merupakan kelangsungan dari Puncak Bukit Broga yang berketinggian 400 meter.Gunung ini terletak di Semenyih,Selangor.Perjalanan dari kaki bukit ke puncak Broga mengambil masa antara 30 minit hingga 1jam bergantung pada tahap kelajuan dan stamina pendaki manakala dari puncak broga ke puncak gunung tokwan mengambil masa kira-kira 2-3jam perjalanan.


Pada 15 Februari 2011 yang lalu kami berkesempatan ke Bukit Broga & Gunung Tokwan.Ekspedisi yang diadakan secara daypack kali ini disertai seramai 9 orang.7 orang dari team Underestimate iaitu;En.Fazli,Abe Bob,Nazir,A.Azmir,K.Tuty,Nadia serta saya sendiri manakala 2 orang lagi merupakan rakan sekolah saya,Hazirah dan Nisak.Terima kasih kepada mereka berdua kerana sanggup join kami walau pada permulaannya plan asal mereka utk ke Broga,namun mereka tetap sporting bila dihangkut naik ke Gunung Tokwan pula.Minta maaf banyak-banyak diatas kealpaan dan tidak memberitahu peralatan dan kelengkapan apa yg perlu dibawa.Mereka hanya membawa sebotol air mineral kecil saja.Tapi tidak mengapa,gigih mereka mendaki pergi dan balik.Nasib tiada yg pengsan.hehe.


Kami memulakan pendakian agak lewat sebenarnya.Hampir Pukul 11.30 pagi.Bayangkanlah mendaki Bukit Broga yg hanya dilitupi pokok lalang dan terdedah kepada pancaran matahari secara terus..memang membakar kepala..huhu.Namun kami tetap meneruskan pendakian kami walaupon matahari tercacak diatas kepala.Slow and steady je naik.Manakan menahan panas yg memuncak..debu pasir pula bertebaran menyelaputi muka..:)


Namun,ada juga diantara kami yg membawa payung sebagai pelindung dan juga tongkat utk mendaki..sekurang-kurangnya ada yg boleh menumpang teduh..hehe.Seperti biasa acara wajib kami adalah "BERGAMBAR"..






Laluan terakhir kami yg perlu menggunakan tali utk sampai ke Puncak Bukit Broga.Kali kedua saya datang sini,ini baru pertama kali saya akan sampai ke Puncak Bukit Broga yg sebetulnya.hehe..

Akhirnya kami tiba di Puncak Bukit Broga.Dari situ ada disediakan papan tanda yg menunjukkan arah ke Gunung Tokwan seperti dibawah ini..


Untuk mendaki Gunung ini tidak sukar kerana kita akan melalui permatang dan sesekali memanjat batu.Untuk sampai ke puncak,laluan denainya telah ditanda dan ini memudahkan perjalanan.Namun begitu,kami harus melalui 3 puncak bukit terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak.Perjalanannya juga dikira mudah walau adakalanya terpaksa menurun hingga ke bawah dan mendaki semula namun suasana redup dan sejuk dek kerana melalui hutan tebal dapat menyedapkan hati.


Lubuk babi hutan berkubang

Harus diingatkan supaya berhati-hati ketika berjalan kerana adakalanya pendaki akan terserempak dengan 'adik-adik' atau pon babi hutan.Kami bernasib baik tidak terserempak.hehe.Selain itu diingatkan juga agar membawa air yg secukupnya kerana tiada punca air di sepanjang trek ini.



Rehat sambil bergambar sebentar



Pokok sebesar beberapa pemeluk..memang besar!



Bentuknya seperti pokok bunga kantan :)




Pantang jumpa pokok tumbang..Gambar!


Alhamdulillah setelah lebih 2 jam berjalan akhirnya kami tiba di Puncak Gunung Tokwan.Puncak ini dikelilingi dengan pokok sederhana besar.Jadi tiada pemandangan yg boleh dilihat dari atas puncak ini.Semasa kami tiba,terdapat sekumpulan pelajar UNITEN yg bercamping diatas puncak Gunung Tokwan ini juga.Seperti biasa kami mengambil peluang ini utk mengenali antara satu sama lain.Kawan biar beribu kan..:)


Disitu juga terdapat pangkin yg membolehkan kita beristirehat serta papan tanda utk bergambar kenang-kenangan.Kami meluangkan masa hampir 1 jam utk berehat,makan bekalan yg dibawa dan memasak air teh.Setelah berkemas-kemas,aktiviti wajib adalah Bergambar!~


Bersama Geng Uniten


Hanya kami ber 7 yg selamat tiba di puncak:)

Setelah selesai bergambar,kami memulakan perjalanan turun kami.Ada yang berlari,ada yg melompat dan sebagainya.Kepuasan bagi kami dapat menakluki Gunung Tokwan ini.Dan sememangnya selepas itu kami pon berjalan seperti tokwan..hehe..:p


Selamat tiba di Bukit Broga.Posing pliss..


Menuju ke pangkal Jalan


Seperti itik pulang petang..hehe

Apapon terima kasih yg tak terhingga kepada semua.Ada masa kita ke sini lagi ye!~





No comments:

Post a Comment