Aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan 1 hari.Bayangkanlah 1 hari asyik sumbat makan je!Macam nak pecah perut masing2.Kononnye feel mcm ala-ala jalan-jalan Hari Raya! :D
Jom kita tengok destinasi perjalanan kami dari pagi hingga ke petang..btw,malam sebelomnya kami dh pergi makan di Asam Pedas Power Bukit Cina.Gambar tak ada la pulak.Semua bz menikmati asam pedas ;p
1.Destinasi pertama kami:Sarapan pagi di kedai mee sup pakcik bukit cina.(xtau nama)
Hidangan kami
mee sup banyak taugeh!sedap!
mee kari ayam!
sup nasi himpit+ayam!
Destinasi kedua kami:Sepatutnya durian segamat!Dah pergi bukan musimnya..mana nk adakan?Jadi kitorg hanya mampu amik no telefon apek tu.Kitorg pon trus la ikot jalan tangkak tu menuju ke Muar.On dway terjumpa orang jual durian.Berenti la , takkan nk tengok je kan..
Destinasi ketiga kami:Memula tak ada pon dalam tentatif..hahaha..last2 minit biasala kan...program bertambah...moh kite ke Muar..hehe
Rojak Petis
Mee Bandung Muar!
Destinasi keempat kami:Giloss...kami trus shoot lepas solat ke Pantai Klebang utk menikmati nasi lemak dan coconut shake.hehe..terbaik ok...
Destinasi kelima kami:Last destinasi kami sebelum pulang ke pangkal jalan.HAHAHA..Mee Sup Tengkera..Saya suka sup dan popia kat sini..Minta maaf gambar mee sup tak sempat diambil.
Sekian sahaja entry Jalan-jalan cari makan kami:)
No comments:
Post a Comment