Trek Gunung Angsi ini mempunyai 3 laluan.Pendaki boleh memilih samada utk memulakan pendakian dari
1.Ulu Bendul
2.Puncak Bukit Putus
3.Kawasan Perindustrian Senawang(bersebelahan Taman Tasik)
Memandangkan ada diantara kami yg pernah melalui trek ulu bendul dan puncak bukit putus,mereka mencadangkan agar dimulakan dari Puncak Bukit Putus memandangkan kami tiba disana lebih kurang pukul 11 pg..agak lewat jika mula mendaki menggunakan trek ulu bendul.
Trek Puncak Bukit Putus ini lebih kecik kerana trek ini jarang digunakan.Perjalanan mengambil masa 2-3 jam utk sampai ke puncak.Laluan adakalanya mencanak dan landai.Kami tidak terlalu mengejar masa jd lebih kurang 2 jam lebih berjalan akhirnya kami tiba dipuncak Gunung Angsi.Seperti kebanyakkan Gunung lain,Gunung Angsi ini ditandakan dengan beirut.Kawasan puncaknya lapang dan terdapat bahagian yg berpokok utk kami berteduh.Dari puncak,kami boleh nampak pemandangan sekitar Bandar Senawang selain daerah Kuala Pilah.
Bergegas bila nmpk tulisan '18 mins to summit'
Beirut di Puncak Gunung Angsi
Dengan keadaan cuaca yg panas-panas redup tu kami berehat sebentar sambil makan bekalan yg dibawa dan ada yg mengambil kesempatan utk melelapkan mata.Selain itu acara wajib kami iaitu BerGAMBAR tidak dilupakan.hehe.Silalah lihat kerenah "kanak-kanak" ini semua:p
Setelah berkemas kami pon memulakan perjalanan turun yg tidak sesukar mana..hehe..sebab turun kan..semua laju je nak cepat smp bawah..lapaq nasi weih..huehue..sempat lagi berenti ambil gambar bagai..huehue..
Alhamdulillah kami selamat tiba di Puncak Bukit Putus.Setelah berehat dan menghilangkan lelah seketika kami meneruskan perjalanan kami ke RnR Jejantas Ayer Keroh utk membersihkan diri serta bersolat.Selesai semuanya kami mengambil keputusan utk makan malam di Melaka saja.Seperti biasa Kedai HBS menjadi Pilihan.Tetiba idea spontan datang utk makan durian di depan Hospital Melaka.Selesai Solat di Masjid Bukit Baru,kami meneruskan pencarian durian kami disana..Alhamdulillah..semua orang gembira menikmati Durian yg LEMAK BERKRIM..hehe..
Berehat sambil melihat pemandangan di bawah ni..
Durian Lemak Berkrim!!!
Ekspresi Muka..Lebih Puas dari Durian Haji Balik Pulau,Penang! hehe
Sehingga kita berjumpa lagi ye kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment