Gunung Senyum yang terletak di Temerloh ,Pahang merupakan gunung batu kapur.Gunung yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Jengka ini juga boleh dikatogerikan sebagai Hutan Dipterokarp Pamah.Tarikan ke Gunung Senyum ini adalah keunikan gua-gua yg terdapat didalamnya.Masing-masing mempunyai kisah dan misterinya yang tersendiri dan tidak diketahui umum.
Dikisahkan pula, Gunung Senyum ini diberi nama ketika Sultan Pahang memudik di Sungai Pahang dengan menaiki sampan,apabila ternampak gunung ini,baginda pon bertanya kepada orang-orang di sekeliling baginda:"Apa nama gunung tu?".Namun begitu tiada siapa yang tahu.Mereka cuma tersenyum sahaja.Maka dengan secara berseloroh,gunung ini dinamakan dengan nama Gunung Senyum.. Menurut kajian arkeologi juga,hutan lipur ini juga terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan juga terdapat 2 laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyuh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing. Gua ini terhasil oleh perubahan dan hakisan pada permukaan batu kapur di kawasan Gunung Senyum.
Kebanyakan gua di Gunung Senyum juga dikatakan masih mengalami proses pertumbuhan stalagmit dan stalaktit.Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai jenis herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.Setiap gua memiliki keistimewaan tersendiri dan kisah di sebaliknya dipaparkan pada papan tanda untuk memudahkan pengunjung.Misteri dan keunikan ini menjadi tarikan utama pengunjung yang menjejakkan kaki ke sini.
Disalah satu gua
Antara lagenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah Gua Tok Long.Ia mengisahkan seorang lelaki berhati mulia,Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian dikawasan gunung ini.Akibat melanggar janji,Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertakafur didalam sebuah gua disitu sehingga meninggal dunia.Kubur di makan Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Meskipun tiada kisah aneh berlaku,gua disini tetap mempunyai daya tarikan semulajadi untuk menggamit kedatangan anda.
Di Gua Mayat
Bagi penggemar aktiviti lasak,perkhemahan dan merentas denai hutan untuk menyaksikan keindahan flora dan fauna menjadi aktiviti paling popular mereka yang pernah berkunjung ke sini.Best!~Cuma saya tidak berapa gemarkan acara abseiling..[menangis tersedu sambil menggelengkan kepala..taknak naik!!]
Gua Terang Bulan
Bagaimanapun,bagi mereka yang berhasrat untuk meneroka gua ini perlu mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
assalamualaikum akak..boleh tak kalau saya nak mintak no hp orang sana..?
ReplyDelete