4 September 2012

Gunung Datok di waktu malam

Hye kawan-kawan..entry lapuk jugak kali ni..hehe..Pada 2/7/2011 yang lalu kami telah melakukan latihan sebelum ke Gunung Santubong,Sarawak..Kitorg decide nak mendaki Gunung Datok di waktu malam..Ini pengalaman pertama kami mendaki Gng Datok di waktu malam..Kali ini kami hanya pergi berenam..Memandangkan ini ialah idea spontan..So,semua benda pon spontan je buat..PLAN,SET,GERAK!
Kami bergerak dari Bkt Beruang lebih kurang pukul 10.30 malam kerana ada diantara kami yg perlu menyelesaikan tugasan yg diberikan.Lebih kurang pukul 11.30 kami pon tiba di kaki Gunung Datok..OH..permit bayaran yg telah dikenakan telah naik RM2..makanya menjadi RM5..heheh..

Setelah bersiap sedia apa yang patut,check bateri lampu suluh dan sebagainya dan dimulakan dengan bacaan doa agar perjalanan kami dilindungi,kami pon memulakan pendakian lebih kurang pukul 12 tghmalam..



Pendakian diwaktu malam xterasa penatnya memandangkan cuaca yg sejuk..Lagipon dengan keadaan yang gelap..kami tidak dapat melihat tahap kecerunan di hadapan kami,perasaan takut lebih menguasai..dan tentu juga ada diantara kami yg tidak mahu ditinggalkan keseorangan..hehe..Maka,kaki pon terus melangkah..:)


Adakalanya kami berhenti rehat sebentar utk meneguk air....dahaga walaupon cuaca sejuk..Paling suka part tutup semua lampu suluh dan duduk senyap2 sambil menikmati bunyi-bunyian rimba..:) Setelah hampir 2 jam mendaki..akhirnya kami pon tiba di Puncak Gunung Datok..


Setibanya kami diatas,ada diantara kami yang mencari ranting-ranting dan daun2 kering utk dibuat unggun api..dan ada juga yg membentang tikar dan groundsheet yang telah dibawa..Nasib kami agak baik kerana hanya kami sahaja yg mendaki pada malam itu..Jadi kami tidak perlu berebut tempat..hehe..kawasan itu kami yang punya..HAHHA..sebelum bertolak,saya sempat menggoreng cucur bawang utk dibawa dan dimakan ketika tiba dipuncak..Alhamdulillah..bila perut lapar..semua benda pon sental je..hehe..termasuklah segala jenis jajan..dan buah pear..thanks abe bob..



Setelah selesai menjamu selera,kami pon tdo sebentar sebelum bertolak turun ke bawah..UNDERESTIMATE sangat cuaca dipuncak Datok,terimalah padahnya..hahah..saya xmampu tdo pon..kerana kelengkapan seperti sleeping bag,tuala muka,bantal angin atau apa saja yang boleh dijadikan pelapik utk tidur tiada satu pon yg saya bawa!haha..menggigil beb..tdo beralaskan groundsheet semata..berdaghahh...haha..Apapon memang satu pengalaman berharga buat saya..


Lebih kurang pukul 5 pagi kami pon bertolak turun ke bawah semula..lebih kurang pukul 6.30 kami tiba di kaki gunung Datok ini..setelah menunaikan solat subuh,kami pon bergerak pulang ke Melaka..Masing-masing rushing kerana kami perlu menjadi urusetia utk Kejohanan MASISWA pula..Rabak mata hari tu...tahan mengantok..hehe:)

No comments:

Post a Comment