4 September 2012

Gunung Stong Part 1

Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong,Kelantan.Gunung Stong penuh dengan khazanah alam mahupun hidupan liar seperti Gajah.Dengan ketinggian 1433 meter,gunung ini terkenal dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter yang mungkin merupakan air terjun tertinggi di Asia.
Ekspedisi Gunung Stong ini dijalankan pada 16-17 September 2011.Memandangkan masih dalam mood 'berhari raya',maka kami mengambil inisiatif utk melakukan suatu kelainan utk pendakian kali ini yakni 'Beraya di Gunung Stong'.Seramai 14 orang menyertai ekspedisi kali ini.Okeh,jom kita mulakan penceritaannya..harap2 ada la yg sudi nk baca..hehe..

Untuk ke Gunung Stong,kami sepakat memilih keretapi sebagai pengangkutan rasmi.Maka bermulalah perjalanan kami seramai 8 orang dari KL Sentral dan 6 orang dari Tampin pada 15hb malam.Jadi kami semua bertemu diatas keretapi ketika di Tampin.Ada diantara kami yg tidak saling mengenali..jadi inilah masanya utk kita 'make friends' kan..

Perjalanan ke Dabong mengambil masa lebih kurang 9 jam dari stesen Tampin..Dabong merupakan pekan kecil..ahaa..nak cakap pekan pon xjugak sbb nampak mcm kawasan cowboy..Tapi tenang dan nyaman la..Masa kami turun dari keretapi dah mcm ketibaan pendaki-pendaki..rupanya ramai lg pendaki yg ingin mendaki pada tarikh yg sama..

Setelah tibanya disana,kami menghubungi Onkel Adam yg bertanggungjawab utk menjadi guide kami..Kami memutuskan utk menggunakan khidmat guide memandangkan kami tidak berapa 'familiar' dengan Gunung Stong..Bila dah jumpa di kedai makan bertentangan dengan stesen,kami pon mula membersihkan diri dan menyalin pakaian.Sambil bersarapan kami diberi taklimat tentang tentatif yg bakal kami hadapi..Oleh kerana kami sampai pon hari Jumaat,jadi Onkel menyarankan agar kami membuat aktiviti caving disekitar Dabong ini dulu..Selepas solat Jumaat baru kami akan bertolak ke Gunung Stong..Yerlah..btol juga ,xkanlah hanya kerana hendak mendaki,solat jumaat diabaikan bukan?Yang mana kita BOLEH..kita usahakan..

Dah siap sedia,dalam pukul 9.30 pagi kami pon bergerak ke Gua Ikan dengan menggunakan van yg disediakan utk berkumpul disana semula.Sampainya disana,kami berkumpul utk mendengar taklimat onkel Adam.Seronok dengar cara penerangan yg diberi..Satu kelainan bila kami dapat guide yg berkongsi ilmu2 yg dia ada dengan kami smp ada satu ketikanya dia seperti perlu berfikir dalam2 nak smpaikan sesuatu perkara..Kagum btol..semua nama2 saintifik dia hafal..Okeh..dah selesai penerangan,kami dibawa berentasi semak samun diseberang jalan utk ke Gua Pertama iaitu Gua Gelap.

Sebelom masuk ke Gua Gelap,kami diberi penerangan lagi..Best sangat!Tapi agak berdebar jugakla kan nak masuk..sbb gelap..:)

Ada ketikanya kami diarahkan utk menutup lampu dan bertafakur sebentar..Untuk menghayati suasana didalam gua yg gelap!

Dan kami juga PERLU melalui atau pon meloloskan diri melalui lubang kecil ini utk sampai ke destinasi.HEBATKAN?!haha..masa memula kami lihat lubang ni,masing2 dah xkompiden bleh lepas..Tapi setelah mencuba dengan teknik2 yg betol,akhirnya kami semua mampu menarik napas lega..:)

Gua yg kedua adalah Gua Keris..kenapa dipanggil gua keris?kerana terdapatnya sebijik batu di gua ini yg berbentuk keris.

Selain itu juga kami dapat melihat batu2 yg terbentuk secara semulajadi didalam gua yg bernilai tinggi dan harus dipelihara seperti 'stalaktik','stalagmit,'straw','langsir gua' dan 'goar pool'!

Gua yang terakhir adalah Gua Pagar.Di dalam gua ini kami juga perlu berdepan dengan 'terowong' kecil yg boleh dikatakan kurang 2 hasta lengan manusia,tetapi lekuk diatasnya membolehkan kami menembusinya secara menjalar..:)

Macam 127 hours dah kan..Alhamdulillah..Selamat semuanya..

Cahaya yg menembusi bumbung gua :)

Selain itu kami juga berjumpa dengan fosil tumbuhan yg mengambil masa beribu tahun utk terbentuk.

Alhamdulillah..dapat juga kami 'meneroka' keindahan Stong ini..Tanpa membuang masa,kami pulang semula ke kedai makan di stesen keretapi utk mengemas barang,berehat,makan,solat dan seterusnya bersiap sedia utk menyahut cabaran Gunung Stong :)

pssssttt...Nantikan part 2 pula ok..Sehingga berjumpa lagi ..

No comments:

Post a Comment