4 September 2012

Gunung Kinabalu


Pada 2-5 Mac 2011 yang lalu,Underestimate telah berjaya melaksanakan misi mendaki Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter(13,435 kaki) dari paras laut yang terletak di Kundasang,Sabah.Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia.Seramai 9 orang,iaitu;Encik Fazli,Abg Azmir,Kak Tuty,Meor,Ongah,Nazir,Norcha,Nadia dan saya sendiri..Manakala Abe Bob terpaksa melepaskan hasratnya disaat-saat akhir atas sebab2 yg xdapat dielakkan.


Gunung Kinabalu..Destinasi kami..(pic sumber google)

Kami bertolak dr Melaka lebih kurang pukul 9mlm pada 1 Mac dan menghabiskan masa kami di LCCT memandangkan flight kami pukul 6.50 pagi pada 2 Mac.Walaubagaimanapun,flight k.tuty lewat sejam manakala nadia pula lewat 2 jam.Jadi kami mempunyai banyak masa senggang di LCCT..dan kami menghabiskan masa bermain taiti..haha..permainan sesaja..:)



Aktiviti di LCCT sebelum berlepas

Kumpulan pertama tiba di KK Aiport pada pukul 9.30 pagi.En.Fazli pergi berurusan dengan orang TM Fleet berkenaan van yg telah ditempah lebih awal dan menunggu mereka menghantarnya kepada kami.Van ini muat2 elok utk kami semua.Alhamdulillah.Setelah menghantar semula orang TM balik ke office dan meletakkan kenderaan di roundbout airport,kami bersama-sama menanti ketibaan k.tuty dan nadia.Nadia tiba pukul 12tghari.Sejurus kembali ke tempat parking,kami dapati saman telah diletakkan dicermin van..hehe..suka2 hati je parking kan:p


Kumpulan pertama yg tiba di KK Airport



sambil menunggu ketibaan VVIP


Surat Cinta dari Pakcik Polisi..hehe


Kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park utk pendaftaran mendaki esok.Pertama kali saya lalu kawasan Tamparuli,Kundasang dan sebagainya..suasananya begitu memukau..sejuk mata memandang..saya berkata dalam hati suatu hari nnt sy mesti kembali lagi ke daerah ini..Selepas selesai,kami mendaftar masuk di TM Resort Sri Intan,Kundasang..resort berhadapan dengan puncak Gunung Kinabalu..ini membakar semangat kami semua utk mendaki keesokkan harinya.Setelah selesai membersihkan diri sebentar dan berehat,kami ke Pekan Ranau utk menikmati makan malam selain membeli keperluan terakhir sebelum mendaki esok.


Bergambar sebentar di Kinabalu Park


Sri Intan,Kundasang

Keesokkan paginya,selepas selesai solat subuh dan bersiap-sedia..kami terus checkout dan menuju ke Kinabalu Park utk mengambil permit,mengenali guide dan ambil bekalan lunch kami yg akhirnya menjadi santapan sarapan pagi kami.Memandangkan Encik Fazli & Abg Azmir pernah mendaki sebelum ni,jadi mereka mencadangkan kami menggunakan laluan Mesilau - Peak - Timpohon..Walaupon perjalanannya jauh..tp pemandangannya lebih menarik dan memukau mata memandang..jgn ditanya berapa GB gambar yg kami ambil sepanjang perjalanan kami..hehe..Boleh ke kami semua mendaki dengan jarak yg lebih jauh sedikit? ini jawapan dr Encik Fazli " But this time, I'm really confident on the stamina and fitness of the Underestimates since we had done quite intensive set of training including Gunung Datuk and & Liang East-West prior to this trip. Maybe, due to personal old injuries, the Underestimates might be a little bit hampered during the hiking.."


Bersiap sedia menawan Puncak Kinabalu


Kinabalu Park sebelum mendaki


Lunch yg sudah menjadi breakfast kami..

Setelah kami mengenali guide,kami berbincang tentang van yg hendak diletakkan di timpohon memandangkan nnt kami akan turun melalui timpohon.tetapi kami akan ke mesilau dan tiada siapa yg boleh membawa van itu ke timpohon..guide itu bersetuju utk membawa van ke timpohon dan dia akan berjumpa kami di persimpangan Timpohon & Mesilau nnt.Kami gembira memandangkan dia tidak mengatakan utk mengenakan bayaran.Jadi guide kami yg lagi sorang iaitu ABDUL akan mengiringi kami sepanjang pendakian..tetapi amat mengecewakan kami kerana Abdul ini tidak berfungsi langsung sebagai guide sama sekali..Dalam fikiran dia hanya $$$$ dan $$$$..Dia kemudian berbincang dengan guide yg bernama Johan yg sudi membawa van kami utk mengenakan bayaran keatas van yg dibawa dr mesilau ke timpohon sebanyak rm 80..mmg sgt2 berangin btol ngan si encik Abdul ni..





Kami memulakan pendakian kami pada pukul 9 pg.Semua nampak bersemangat dan bertenaga.Kami menikmati pemandangan sepanjang pendakian melalui trek Mesilau terutamanya di KM5..SubhanaALLAH..mata terpaku..mulut terkunci..segalanya begitu cantik terletak..paling saya suka melalui Taman Bonsai..

















Kami selamat tiba di Laban Rata dlm pukul 5.30 ptg.Setakat ini semua orang msh bertenaga cuma agak terganggu sedikit dengan altitude sickness.


Di Laban Rata




Kami checkin di Laban Rata Resthouse dan makan dinner yg disediakan.semuanya include dalam package yg kami bayar untuk mendaki Gunung Kinabalu.Memandangkan ketika kami tiba ada gangguan bekalan air,kami tidak dapat membersihkan diri sepenuhnya.Sebelum memulakan pendakian pada keesokkan paginya pukul 2pg,kami sempat tdo dan berehat dahulu.Sebelum memulakan pendakian,kami mengambil supper dahulu utk mengisi perut.
Perjalanan menuju ke puncak boleh dikatakan ok berbanding permulaan pendakian kami..lebih banyak anak tangga dan tidak ramai orang..Dengan keadaan malam yg xmembolehkan kami terlalu melihat keadaan sekeliling ia lebih memudahkan..cuma saya tidak suka pd keadaan attitude sickness yg menyerang..ini menyebabkan nafas sy tercungap2,bibir merekah kerana terlalu sejuk dan tekak kering..Masa tu mental sgt2 down sbb memikirkan tidak mampu utk smp ke puncak dlm keadaan suhu yg mencecah 7 deg..Tetapi berbekalkan semangat yg diberikan..Alhamdulillah..Saya berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu..

Congratulations to All Underestimate!!~

Walaubagaimanapun,disebabkan keadaan kabus yg tebal ketika itu,kami tidak dapat melihat seluruh pemandangan kawasan Kundasang,Ranau dan sebagainya..Kami menghabiskan kurang dari 1 jam di puncak disebabkan suhu yg mencecah 2 deg dan mula turun semula ke Laban Rata..



at low's peak




berlatarbelakangkan south peak






On dway turun ke bawah



Selepas bersarapan dan mengemas barang..kami pon memulakan perjalan turun melalui timpohon


Kagum..



Akhirnya selamat tiba di Pintu Timpohon dan terus mengambil lunch kami di Kinabalu Park





Poring Hotspring keesokkan harinya..










New Zealand Dairy Farm..hehe




Sebelom balik singgah membeli belah dan terjumpa Linda Onn..hehe..

Alhamdulillah,trip ini berjaya dan semua orang gembira..InsyaALLAH saya akan datang lg nnt jika diberi kesempatan..


Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu..Tinggi lagi Sayang sama kamu..


No comments:

Post a Comment