Fuhhhh...terkial-kial nk sambung part 2 ni..idea x datang pon..mcmana nk menaip ye tak?Okeh..Jom sambung dengan bahagian 2 pulak..:)
*Entry ini mungkin akan panjang berjela..harap bersabar ye*
Lebih kurang pukul 3 ptg selepas solat Jumaat,kami bergerak menaiki van menuju ke Hutan Taman Negeri Gunung Stong.Perjalanan dari stesen keratapi Dabong ke sini mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja..Dari jauh kami dapat melihat Air Terjun Jelawang..teruja tgk air yg jatuh tinggi..:)
Sebelum memulakan pendakian,nama kami semua telah didaftarkan oleh Onkel Adam di pondok pelawat bagi mengetahui jumlah pendaki yg keluar masuk ke dalam Hutan Simpan ini.Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 3.30 ptg.Untuk sampai ke Kem Baha ada 2 laluan iaitu sungai dan hutan.Kami bernasib baik apabila cuaca elok utk kami melalui jalan sungai yakni menelusuri air terjun.Teruja xpayah cakap lah kan..Masing-masing terus melangkah,melompat batu ,menyeberangi sungai dan sebagainya utk sampai ke kaki Air Terjun Jelawang.Jom kita tgk gmbr..
Kami akhirnya smp di kaki Air Terjun Jelawang..Rehat-rehat dulu sebelom meneruskan perjalanan melalui jalan hutan atau laluan balak..Lebih kurang pukul 4.20ptg kami bergerak melalui jalan hutan..kami perlu sampai ke tapak perkhemahan iaitu Kem Baha sebelom malam menjelma..
Perjalanan melalui jalan hutan adakalanya santai dan adakalanya mencanak.Seperti biasa,saya mmg akan selalu dibahagian belakang sekali..hehe..Orang skt lutut ni mmg kena jalan belakang je..slow n steady..xde la rasa rushing sgt bila pk org belakang xmampu nk ikot rentak saya..Yang bagosnya Onkel Adam ni..dia akan berenti dlm 15-20 minit perjalanan utk berehat sebentar dlm 3-4 minit..so bila dah kumpul semua,dia akan mula berjalan semua...:)
Lagi satu..siapa mendaki belakang dia mmg BERUNTUNG tau..mcm2 ilmu hutan dan alam dia akan cerita..best..hehe..
Akhirnya lebih kurang pukul 520 ptg,saya dan beberapa rakan lain selamat tiba di Kem Baha setelah lebih kurang 1jam perjalanan dr Kaki Air Terjun Jelawang.Kami juga dikehendaki melapor diri di Pondok Pengawal Kem Baha ini..Nasib baik Guide kami Onkel Adam ada utk menguruskannya.
Ada diantara kami juga yg sudah tiba dahulu..jadi mereka memilih tapak perkhemahan yg terletak diseberang sungai dan berhampiran dengan puncak air terjun jelawang..Memandangkan disitu lebih privasi..Khemah kami juga betol2 ditebing sungai dan ini memudahkan urusan pengambilan air utk memasak dan sebagainya..
[nampak x dihujung batu yg menjunam itu?itulah tebing air terjun ini..jatuh terus ke kaki air terjun tempat kami ambil gmbr td..dekat kan..mmg kami kena lebih berhati-hati..huu]
Akhirnya berkat kerjasama semua,siap sudah tempat penginapan kami..semestinya khemah utk wanita..dan tempat tdo terbuka utk lelaki..AHAHA..ada juga yg menggantung hammock..Agenda seterusnya,memasak!Haaaa..jgn xtahu..lemang 6 batang yg sudah siap dibakar dan dibawa dr Tampin..serunding ikan bilis..rendang ayam..nasi beriani dan mcm2 lagi menu sedia utk dimasak dan dimakan..Jom kita layan gambar2 persiapan dan sesi menjamu santapan hari raya..
Kami tinggalkan sebentar agenda makan utk seketika,dan mula menyarungkan baju raya masing-masing utk digayakan diatas batu hampar berhampiran puncak Air Terjun Jelawang..sambil melihat sunset..
[sempat mengambil gmbr sebelom demam,skt kepala dan mual melanda..maka tiadalah gambar saya bersama rakan2 berhari raya dan bermain bunga api bersama]
Okies...Nampak tak muka semua keriangan main bunga api?Ingatkan just nak shoot kat atas tu pakai baju raya..skali ada pulak yg bawak seplastik bunga api..HAHAHHA..layannnn....Dah selesai semua,mlm tu makan nasi beriani pula smbil chitchat dengan Onkel Adam..namun saya tanpa makan apa2 terus telan panadol dan tdo sehingga keesokan harinya dengan harapan demam semakin kebah dan boleh meneruskan pendakian hingga ke puncak....
Urgh...Rasanya kena stop dulu smp sini..panjang sangat dah ni...nnt kita jumpa lagi Gunung Stong Part 3 pulak ok~
No comments:
Post a Comment