4 September 2012

Gunung Santubong ,Sarawak


Gunung Santubong yg terletak di Sarawak merupakan salah sebuah gunung legenda yang terkenal di sana.Terletak 35 km di Utara Bandar Kuching dan berketinggian sekitar 810 meter (2658 kaki persegi dari paras laut).Ia juga terletak di sebuah semenanjung kecil yg dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti pelancongannya.Mengikut sejarahnya,pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong manakala Kuala Santubong menjadi pusat para saudagar dari Timur dan Barat utk berniaga.Penemuan pelbagai artifak dikawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan perdagangan di Santubong dan juga tersebarnya agama Islam dan Hindu di Sarawak.



Alhamdulillah..pada 9-12hb Julai 2011,kami telah terbang ke Bumi Kenyalang..Objektif utama adalah ingin mendaki Gunung Santubong..Namun pada entry kali ini ingin saya ceritakan tentang Pendakian kami utk menawan Puncak Gunung Santubong.Kami telah mencapai kata sepakat untuk mendaki Gunung Santubong pada hari Isnin bersamaan 11hb Julai..Maka bermulalah pendakian kami lebih kurang pukul 10 Pagi..Kami memilih untuk memulakan pendakian melalui trek Bukit Putri.


Seperti biasa,sebelum memulakan pendakian..aktiviti regangan otot perlu dilakukan bagi mengelakkan kekejangan ketika mendaki..selain itu adalah aktiviti mengambil gambar di papan tanda trek Gunung Santubong ;p Setelah selesainya bacaan doa..kami pon memulakan perjalanan..treknya lebih banyak mendaki..mendaki dan terus mendaki...hanya sedikit sahaja tempat yg landai..



Lebih kurang 45 minit masa perjalanan..kami tiba di view point pertama..di view point ini anda akan berjumpa dengan persimpangan utk ke visitors information centre ataupon ke Sarawak Cultural Village..Kami berehat sebentar utk menghilangkan lelah sebelum terus mendaki..


Seterusnya bermulalah perjalanan pendakian kami yg semakin lama semakin mencuram..hehe..estimate masa utk smp ke setiap check point adalah sekitar 45 minit..Sibuk mendaki mata tidak terlepas pandang utk melihat keindahan gunung santubong yg terletak di tepi pantai ini...bayu laut dapat dirasai...

trek yg lebih mencanak..:)


berlatarbelakangkan Sungai dan Pantai di Santubong





Tempat rehat yang disediakan utk kemudahan pendaki

Okeh..Setelah penat mendaki..part ini yang paling saya tunggu..sebelum tiba ke Sarawak lagi saya telah membuat pencarian di blog2 outdoor tentang Gunung Santubong ini..ada satu ketikanya kami perlu mendaki 90 darjah utk ke puncak..mendaki dengan memanjat tangga buluh dan berpaut pada tali yang di sediakan..dari chechkpoint F9-F13..hhaha..menggigil kaki saya..kejang semua otot2 peha..manakan tidak..jarak diantara satu buluh ke buluh yg seterusnya adalah sangat jauh..bagi org yg rendah kecik2 molek mcm saya..(sila muntah hijau)..Saya rasa semasa mendaki saya OKEH lagi..masih boleh tersenyum..tapi saya sangat GAYAT apabila tibanya waktu utk kami turun kebawah semula..nightmare btol..so meh layankan gambar dulu ye...


Lebih kurang 20 meter saya perlu memanjat tangga ini..menggigil KEPALA LUTUT..;p
Ini baru tangga ini...belum tangga2 yang lain lagi...



Ini pula 'seksaan' yang perlu dilalui ketika turun..Bila gayat+ menggigil lutut...perjalanan pon menjadi lembab..huehue..

Alhamdulillah..lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan kami pon hampir tiba di Puncak Gunung Santubong..sebelum sampai di puncak,akan ada ukiran wajah di sebuah batu di kiri anda..Mungkin ada yang terlepas pandang jika anda hanya mendaki tanpa memerhati ataupon anda terlalu laju..hehe


Kisah Datuk Merpati

Setibanya dipuncak,kami berpuas hati dengan kawasannya yang lapang..serta pemandangan sekitar yg dapat dilihat di Puncak..Apalagi..sesi memakan bekalan yang dibawa..mengambil gambar..tidur sebentar...haa...diatas tu jugak ada sebuah perigi...Boleh la dibuat utk mangambil wuduk dan membasahkan badan...:)


perigi yang terdapat di puncak!



Anda dapat melihat laut dari puncak Santubong


peace! LOVE @ Santubong!



Alhamdulillah..Underestimate @ Gunung Santubong


Setelah berehat lebih kurang 1jam lebih..akhirnya kami pon bergerak turun...perjalanan yang diambil utk turun samalah seperti naik..Apapon saya terunderetimate lagi Gunung Santubong ini..Ingatkan ia seakan-akan Gunung Datok..namun meleset sama sekali..malah lebih hebat penangannya...



Yeayy!~dah sampai bwh dah!

Apapon Santubong dan Sarawak meninggalkan pelbagai peristiwa utk saya pelajari..:)




2 comments:

  1. Santubong mendapat nama dari bahasa Iban yang bermaksud keranda atau perahu roh.Orang Asal di santubong dulunya adalah dayak Iban sendiri.Malahan sejarah lisan iban ini dbuktikan batu begambar iaitu sebuah motif salah seorang dewa Iban iaitu Dewa selampandai yang mencipta manusia dan menentukan jantina anak lelaki dan anak perempuan di dalam agama lama Iban.Malahan motif Dewi selampandai banyak ditenun di Pua kumbu dan diukir di dinding rumah dan tiang rumah panjang.Lagenda Gunung Santubong pula diadaptasi dari sejarah sebenar Iban iaitu sejarah Dewi Kumang dan Dewi Lulong dewi penurun tradisi tenunan Iban sejak ribuan tahun dahulu yang sering turun mandi diatas puncak gunung santubong

    ReplyDelete